Monday, June 15, 2009

sekadar renungan-duri ikan rampasan

Sehari mengail belum tentu ikan menyahut. Itulah jerih payah seorang nelayan kecil untuk menghidupi keluarganya. Ketika seekor ikan menggelepar terkait mata kail, tiba-tiba datang pula orang merampasnya. orang yang memancing itu sudah cuba berikhtiar mencari jalan untuk menyelamatkan ikannya tetapi tidak mendatangkan hasil. dengan cara merayu dan berdamai penyamun itu tidak mahu sedangkan dengan cara kekerasan nampaknya tidak mungkin. akhirnya dia berserah kepada Allah dan berdoa :

"Ya Allah, mengapa Engkau ciptakan aku sebagai orang yang lemah dan Engkau ciptakan orang lain lebih kuat dan gagah sehingga dia sesuka hatinya merampas hak milikku? Maka ciptakanlah ya Allah makhluk yang lebih kuat dari dia. kalahkan dia agar menjadi ikhtibar bagi umat semua."

keluhan dan doa seperti itu tidak menakutkan hati penyamun itu. dia terusmerampas ikan itu dan membawanya pulang ke rumahnya.

kerana ikan iut besar, maka cara memasaknya yang sesuai adalah membakarnya. dia bakar ikan itu dan dia siapkan kuah kicap dan sambal untuk sosnya.

tetapi malang baginya, ketika mencubit ikan itu, tiba-tiba tangannya tercucuk duri ikan itu. tangannya yang terkena duri itu semakin hari semakin parah lukanya. bagaikan kanser ganas, luka itu semakin menjalar dn luas sehingga doktor fikir terpaksa memotongnya.

pada suatu malam, dia bermimpi seolah-olah mendengar suara pemancing itu bersuara: "kembalikan ikan itu kepada pemiliknya!... kembalikan!... itu bukan hakmu.."

tiba-tiba dia terbangun dan ada perasaan bersalah dalam dirinya. lalu tanpa membuang masa dia menyerahkan 10 ribu dirham sebagai tebusan seekor ikan yang pernah dirampasnya dulu. hatinya lega dan merasa bebas dari kutukan perasaan yang selama ini menghantuinya.

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, sejak itu luka di tangannya beransur pulih dan akhirnya sembuh.

sekian, renung-renungkan dan selamat beramal...

gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

Blog Template by YummyLolly.com - Header made with PS brushes by gvalkyrie.deviantart.com
Sponsored by Free Web Space